Festival Filem Antarabangsa Buat Tayangan Filem di Sarawak

0
2980
Festival Filem Antarabangsa akan menayangkan filem pada 18 Mac 2019

KOTA SAMARAHAN, 16 Mac 2019 ( SNN ) – Sempena dengan Festival Filem Antarabangsa yang ke-15, UNIMAS bekerjasama bersama untuk membuat tayangan filem di Sarawak. Selaras dengan “Hari Air Sedunia”, “Duduk dan Tonton” pada Selasa hadapan (19 Mac 2019) akan menayangkan filem pendek antarabangsa yang berkaitan dengan krisis air dan kepentingan memastikan air bersih untuk semua.

“Duduk dan Tonton” kali ini merupakan hasil kerjasama antara Mini Film Festival dan Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF). KLEFF merupakan festival filem yang menggunakan filem untuk mewujudkan kesedaran alam sekitar. Dua orang wakil dari Kuala Lumpur Eco Film Festival (KLEFF) juga akan datang ke Kuching untuk menemui penonton sekaligus membincangkan mengenai isu krisis air global dalam konteks hari ini.

Antara filem menarik yang akan ditayangkan ialah “Skeleton Sea” yang memaparkan dua surfer dari Portugal yang mengubahkan sampah-sarap yang mereka temui dalam laut kepada kerja seni yang kreatif. Sementara itu, filem “Winter Warriors” yang memaparkan masyarakat setempat di New Brunswick, Kanada melindungi sumber air mereka daripada pencemaran juga akan ditayangkan. Kedua-dua filem tersebut merupakan filem yang telah memenangi banyak anugerah di festival filem antarabangsa.

“Duduk dan Tonton” akan berlangsung pada jam 8 malam di Pejabat CityPlus FM yang terletak di Menara MAA (Tingkat 10). Penonton yang berminat dinasihatkan untuk mendaftar tiket percuma di laman sosial Facebook Mini Film Festival. Sebarang maklumat lanjut berhubung program ini bolehlah menghubungi Dayang di 019 – 854 7020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here