More
    Home Lain-lain Pengawal keselamatan maut ketika melintas jalan

    Pengawal keselamatan maut ketika melintas jalan

    SERIAN, 09 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Nasib tidak menyebelahi seorang pengawal keselamatan ketika hendak melintas jalan lalu dirempuh oleh sebuah motosikal yang lalu dikawasan itu.

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian yang berlaku pada jam 6 pagi itu dikatakan mangsa hendak menyeberang jalan dengan berlari sebelum dilanggar motosikal.

    “Mangsa, 54 tahun berasal dari Kampung Melayu Balai Ringin maut ditempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan patah kaki kiri.

    “Bagaimanapun, remaja 19 tahun yang membonceng motosikal tersebut hanya mengalami luka ringan di kaki dan tangan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Mangsa dirempuh ketika menyeberang jalan yang masih dalam kerja pembinaan

    Mangsa yang maut telah disahkan oleh pegawai perubatan yang datang ke lokasi kejadian dan kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...