More
    Home KKM teruskan laksana ujian pengesanan keatas individu berisiko tinggi Covid-19

    KKM teruskan laksana ujian pengesanan keatas individu berisiko tinggi Covid-19

    KUALA LUMPUR, 09 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersetuju supaya pasukan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) hanya lakukan pengesanan covid-19 keatas individu yang bergejala dan berisiko tinggi mengikut keperluan secara percuma.

    Timbalan Menteri Kesihatan 1, Dato’ Dr Noor Azmi Ghazali berkata, pasukan PKD akan terus membuat pemantauan dan penilaian keatas pelaksanaan ujian pengesanan covid-19 namun buat masa sekarang belum lagi ada keperluan untuk menyediakan perkhidmatan itu untuk guru-guru di sekolah melainkan mereka berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

    “Kerajaan juga telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk pelbagai sektor dan sub-sektor termasuk sektor pendidikan.

    “Pematuhan SOP ini amat penting bagi memastikan tiada penularan jangkitan covid-19 berlaku terutama di kawasan sekolah,” katanya ketika menjawab jawapan lisan pada Mesyuarat Dewan Negara semalam.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Program Sarawakku Sayang (SKS) Singgah di Sibu

    0
    SIBU (10 Julai): Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba di Sibu petang tadi bersama konvoi motosikal dari Jambatan Batang...