Penduduk Kampung Baru Daro bakal miliki surau baharu

0
169
ADUN Daro hadir melawat tapak projek bina baharu surau menggantikan surau yang lama

DARO, 02 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Penduduk Kampung Baru, Daro bakal memiliki surau baharu yang akan menempatkan jemaah lebih banyak dan selesa apabila siapnya bangunan itu kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, projek bernilai RM630,00 yang dilaksanakan di bawah peruntukan geran projek kecil luar bandar (MRP) itu hampir siap sepenuhnya.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini saya ingin berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana telah meluluskan permohonan untuk membina surau di Kampung Baru ini,” katanya ketika melakukan lawatan ke tapak projek bina baharu surau Kampung Baru di Daro pada Selasa.

Pembinaan surau berkenaan hampir siap sepenuhnya.

Tambahnya, perasmiaan surau berkenaan dijangka akan diadakan pada 16 September 2020 nanti.

Beliau juga berharap selain dijadikan sebagai tempat beribadah, surau tersebut mampu menjadi tempat penyatuan masyarakat kampung dengan menjayakan aktiviti-aktiviti bermanfaat.-Sumber Ukas. Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here