More
    Home Pakatan Harapan Sarawak berdebat isu calon yang akan bertanding di "Kerusi panas"...

    Pakatan Harapan Sarawak berdebat isu calon yang akan bertanding di “Kerusi panas” pada PRN-12 Sarawak

    MIRI, 02 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Ahli Pakatan Harapan Sarawak bertengkar berkenaan siapa calon yang akan diletakkan untuk bertanding di ‘kerusi panas’ dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak yang akan datang.

    Menurut sumber The Star memberitahu terdapat tuntutan yang dipertikaikan antara DAP dan PKR Sarawak mengenai kerusi panas di Kuching dan Miri iaitu tuntutan bagi kerusi Batu Lintang dan Senadin.

    Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Dr Teo Yu Keng pada 10 Ogos menjelaskan bahawa masih ada tuntutan yang bertindih berkenaan dua kerusi tersebut.

    “Sememangnya masih ada beberapa masalah mengenai pembahagian kerusi yang harus diselesaikan. Tuntutan bertindih itu masih dalam perbincangan yang sulit,” kata Ahli Parlimen Miri dan juga naib presiden nasional PKR.

    Beliau menambah, tidak ada pertelingkahan dalam PH Sarawak mengenai pembahagian kerusi cuma mereka harus memilih calon dengan peluang terbaik untuk memenangi kerusi panas tersebut.

    Dua kerusi panas yang disebutkan adalah DUN Batu Lintang dan DUN Senadin

    Sumber dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberitahu bahawa Ketua Menteri Sarawak telah bercakap dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai PRN-12 namun belum ada tarikh yang ditetapkan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN).

    Sarawak mempunyai 82 kerusi DUN, GPS memiliki 68 kerusi manakala DAP dan PKR masing-masing tujuh dan tiga kerusi serta parti bebas kini memiliki 7 kerusi.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...