Pencarian Bakat Berlakon, Menari dan Menyanyi di UNIMAS

0
1231
Mereka yang berkebolehan dalam berlakon, menari dan menyanyi dijemput datang ke sesi ujibakat tersebut bermula jam 2 petang sehingga 10 malam, 25 April 2019

Kota Samarahan, 23 April 2019 (SNN)- Pencarian bakat berlakon, menari dan menyanyi akan diadakan di UNIMAS Khamis ini. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS dengan Unit Integriti dan Ombudsman Negeri, Jabatan Ketua Menteri Sarawak bersama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia Sarawak akan mementaskan sebuah teater bertajuk”Semarak Pertiwiku” pada 12 sehingga 14 Julai 2019.

Oleh yang demikian, dengan berbesar hatinya, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif ingin mewar-warkan pencarian bakat melalui ujibakat terbuka yang akan diadakan di Studio Tari, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif. UNIMAS.

Mereka yang berkebolehan dalam berlakon, menari dan menyanyi dijemput datang ke sesi ujibakat tersebut bermula jam 2 petang sehingga 10 malam, 25 April 2019, iaitu Khamis ini.

Sila rujuk poster untuk keterangan lanjut berkenaan ujibakat tersebut. Untuk keterangan lanjut tentang ujibakat ini bolehlah menghubungi Pn. Syrafina ( 0122801432) dan En. Sharizam (01227218623)

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa ANDA di sana!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here