Belia Bintawa Hilir Digalak Sertai Aktiviti Futsal

0
296
Dr Abdul Rahman bersama belia dan remaja selepas merasmikan gelanggang futsal Kampung Bintawa Hilir di sini, hari ini

Kuching, 22 April 2019 (SNN)- Belia di kawasan Bintawa Hilir dan kawasan sekitarnya digalak sertai aktiviti futsal. Ini sejajar dengan pembinaan gelanggang futsal di Kampung Bintawa Hilir yang dapat menjadi platform melahirkan lebih ramai pemain berkaliber dan diketengahkan ke peringkat tertinggi.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, selepas merasmikan gelanggang futsal Kampung Bintawa Hilir di sini, hari ini.perkampungan sekitar Seberang Hilir juga tidak asing dalam melahirkan pemain yang pernah mewakili Sarawak sebelum ini. Sehubungan itu menurutnya, gelanggang futsal tersebut diharap dapat terus mencungkil bakat baharu dan secara langsung ia boleh membantu menghindar belia daripada terjebak dengan gejala negatif.

“Sukan ini (futsal) amat diminati belia masa kini. Ia memberi kemudahan untuk anak muda terlibat dengan aktiviti sihat dan riadah,” katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan gelanggang futsal Kampung Bintawa Hilir di sini, hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, fasiliti sukan bernilai RM250,000 itu merupakan satu-satunya gelanggang futsal di Seberang Hilir. “Tidak semua kampung dapat dibina gelanggang futsal kerana ketiadaan tanah kosong,” ujarnya.

Menurutnya lagi, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh merancang menganjurkan pertandingan peringkat kampung.”Ini kerana saiz gelanggang ini sesuai untuk penganjuran pertandingan,” jelasnya. Dengan adanya penganjuran pertandingan sebegini dapat menarik minat belia menyertai sukan futsal dan dalam masa yang sama mampu mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti lain yang tidak berfaedah, sekaligus terhindar daripada gejala negatif.

Dr Abdul Rahman turut mencuba gelanggang futsal baru yang dirasmikan di Kampung Bintawa Hilir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here