More
    Home Sarawak Samarahan Temui Tommy Mansur di UNIMAS

    Temui Tommy Mansur di UNIMAS

    KOTA SAMARAHAN, 23 April 2019 (SNN) – Pemenang anugerah Penataan Seni Terbaik, Tunku Taufek Mansur, untuk filem “Lelaki Harapan Dunia” dalam Festival Filem Malaysia yang ke-27 akan berkongsi pengalamannya di UNIMAS pada 25 April 2019, Khamis ini.

    “Tunku Taufek Mansur atau lebih dikenali sebagai Tommy Mansur sangat menitikberatkan penataan seni dalam filem-filem yang beliau pernah terlibat”, kata pengarah Mini Film Festival, En. Mohd Affendi. Antara karya yang telah dihasilkan oleh Tommy ialah “Pulang”, “Lelaki Harapan Dunia”, “Hanyut”, dan “Lagenda Budak Setan 2”.

    Tommy juga pernah menyadang tugas sebagai pembantu kepada Ian Whittaker sebagai set dresser dalam “Anna and the King” yang telah dicalonkan di Oscar. “Daripada karya-karya ini, kita boleh lihat betapa pentingnya peranan Tommy untuk menyelitkan unsur penataan seninya dalam filem-filem yang beliau pernah terlibat”, tambah Affendi.

    Bagi memupuk semangat dan juga menambah ilmu pengetahuan tentang kepentingan penataan seni dalam sesebuah filem, pihak penganjur Mini Film Festival ke-15 akan menganjurkan sesi ceramah dan perkongsian ini di Studio TV, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS.

    “Semasa sesi ceramah ini, Tommy Mansur akan berkongsi mengenai pengalaman peribadi beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri perfileman Malaysia dan juga sepanjang menjadi pereka produksi,” kata Affendi lagi.

    Ceramah dan perkongsian bersama ini terdiri daripada dua sesi. Sesi pagi akan diadakan pada pukul 9 pagi, manakala sesi petang pula akan diadakan pada pukul 2 petang.

    Menurut pihak penganjur, penyertaan ceramah ini adalah terbuka kepada khalayak ramai secara percuma. Orang awam dinasihatkan untuk menempah tiket percuma di laman Facebook Mini Film Festival. Untuk maklumat lanjut mengenai ceramah ini, sila hubungi Izzatul di talian 017 – 2105600.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...