More
    Home Sarawak Betong Penantian penduduk Kabong bakal berakhir, siapnya projek bekalan air bersih penghujung Jun...

    Penantian penduduk Kabong bakal berakhir, siapnya projek bekalan air bersih penghujung Jun 2021 ini

    KABONG, 28 OKTOBER 2020 (SNN) : Penduduk Kabong yang menantikan sumber air bersih selama bertahun-tahun bakal berakhir apabila projek bekalan air bersih bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong bagi fasa pertama dijangka siap pada penghujung Jun 2021.

    Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, 14 projek bekalan ari di bawah DUN Kabong itu menelan kos sebanyak RM127 juta dan empat projek pertama yang dijangka siap penghujung Jun tahun dean melibatkan kawasan tangki air di Bukit Lebur, Simpang Nyabor, Kabong, dan Lubok Nibong termasuklah saluran paip menuju ke tangki air.

    Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) menambah, fasa pertama yang siap itu nanti akan menyalurkan sumber air bersih ke kawasan Roban dan Kabong disamping kerja-kerja naiktaraf loji rawatan air di Lichok turut termasuk dalam pakej fasa pertama.

    Beliau berkata demikian semasa hadir dalam satu lawatan meninjau perkembangan projek bagi kawasan Tangki Air Bukit Lebur, Tangki Air Simpang Nyabor dan Tangki Air Kabong, semalam.

    Datuk Abdul Rahman mendengar penjelasan berkenaan perkembangan projek tangki air bagi DUN Kabong

    Turut hadir sama mengiringi lawatan ADUN Kabong Mohd Chee Kadir, Pengarah Jabatan Bekalan Air Sarawak Ir. Chang Kuet Shian dan Pegawai Daerah Kabong Mohd Rashdan Hazemi.-Sumber Ukas.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...