Sarawak catat 27 kes positif baharu Covid-19

0
81
Satu Kluster baharu diisytihar iaitu Kluster Greenhill di Kuching hari ini

KUCHING, 28 OKTOBER 2020 (SNN) : Sarawak terus mencatat peningkatan kes positif Covid-19 dengan 27 kes baharu direkodkan hari ini di Daerah Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 846 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan, daripada 27 kes tersebut Kuching mencatat 14 kes melibatkan kontak rapat kepada kes ke-798 yang pernah menghadiri satu pertemuan di bandar Kuching pada 26 Oktober lalu. Manakala enam lagi kes merupakan individu yang menjalani saringan di fasiliti kesihatan swasta.

Daerah Miri pula mencatat empat kes dimana tiga darinya merupakan rakan sekerja yang tiba dari Kuala Lumpur untuk melaporkan diri di pelantar minyak Miri dan disahkan positif pada 26 Oktober lalu. Satu kes pula melibatkan kontak rapat kepada pesakit kes ke-818 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuching pada 21 Oktober lalu.

Dua kes yang direkodkan di Sibu masing-masing merupakan seorang lelaki petugas barisan hadapan yang baru pulang dari Selangor pada 25 Oktober 2020 dan seorang pelajar perempuan baru pulang dari Johor dan disahkan positif covid-19 dengan mempunyai tanda gejala batuk serta selsema.

Satu kes pula dicatatkan di Bintulu merupakan ke import melibatkan pekerja warganegara Filipina yang bertugas di atas Kapal Tangki LNG berdaftar di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here