More
    Home Daerah Kuching diisytihar sebagai zon merah Covid-19

    Daerah Kuching diisytihar sebagai zon merah Covid-19

    KUCHING, OKTOBER 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini diisytihar sebagai zon merah selepas mencatat 16 kes positif baharu covid-19 yang menjadikan keseluruhan kes jangkitan tempatan meningkat kepada 49 kes.

    Jatawankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu terdapat 12 kes baharu direkodkan di Kluster Baki yang melibatkan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan warga emas.

    Manakala tiga kes pula dikesan melalui saringan fasiliti kesihatan swat=sta yang merupakan kontak rapat daripada kes ke-798 yang telah dilaporkan pada 26 Oktober lalu.

    Satu kes pula dikesan melalui aktiviti pengesanan aktif yang telah dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak pada 25 Oktober 2020 yang merupakan peniaga di salah satu perniagaan terkemuka di Sarawak.

    Kesemua kes yang disahkan positif telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak menjadikan keseluruhan kes yang aktif meningkat kepada 819 kes.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kereta terjunam di Sungai Sarawak, mayat mangsa berjaya diselamatkan.

    0
    KUCHING, 25 FEBRUARI 2021 (SNN) : Mayat seorang wanita berusia 70 tahun yang terjunam bersama kenderaannya di bawah Jambatan Satok pada jam 10.36 pagi...