More
    Home Pemuda Palestin, Mohammad Ali Dar Adwan Ditembak Lebih 10 Das di Seluruh...

    Pemuda Palestin, Mohammad Ali Dar Adwan Ditembak Lebih 10 Das di Seluruh Badan oleh Askar Rejim Israel

    BAITULMAQDIS, 03 Mac 2019 (SNN) – Pemuda Palestin, Mohammad Ali Dar Adwan ditembak lebih 10 das di seluruh badan oleh askar rejim Israel. Mohammad Ali Dar Adwan, 23, ditembak mati askar rejim Zionis yang menyerbu kem pelarian Qalandia di utara bandar ini, serta menyerang penunjuk perasaan menyebabkan dua lagi cedera.

    Warga Palestin berkumpul di jalan dan lorong di kem pelarian itu  membantah serbuan askar rejim pengganas Israel, sambil beberapa penunjuk perasaan membaling batu ke arah trak tentera.

    Askar rejim dilaporkan menembak menggunakan peluru hidup, gas pemedih mata dan peluru bersalut getah, ke arah penunjuk perasaan. Pegawai perubatan memberitahu, askar Israel menembak tiga pemuda di kem pelarian itu serta di kejiranan al-Matar.

    Mohammad Ali ketika itu berada berdekatan rumahnya apabila ditembak dan terbunuh. Tidak dapat dipastikan sama ada dia mengambil bahagian dalam demonstrasi itu atau tidak. Agensi berita Palestin, Wafa melaporkan Mohammad Ali berlari ke arah rumahnya ketika askar Israel melepaskan tembakan.

    “Apabila tiba di rumahnya beberapa askar Israel telah berada di situ dan menembaknya lebih 10 das, sebelum meletakkannya di atas trak dan menghalang pasukan perubatan memberi bantuan.

    “Pemuda itu meninggal dunia akibat pendarahan yang teruk,” lapor Wafa. Rejim Israel kemudian membenarkan jenazah Mohammad Ali diambil Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin, yang kemudian menyerahkannya kepada keluarga mangsa untuk dikebumikan – Sumber Agensi

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lebih 15,000 penduduk di Daerah Bau mendaftarkan diri untuk terima vaksin...

    0
    BAU, 26 FEBRUARI 2021 (SNN) : Setakat hari ini hampir lebih 15,000 penduduk di sekitar Daerah Bau telah mendaftarkan diri mereka untuk menerima suntikan...