More
    Home Pemimpin DAP langgar perintah kuarantin selepas pulang dari Sabah

    Pemimpin DAP langgar perintah kuarantin selepas pulang dari Sabah

    KUCHING, 29 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dilihat berada di sekitar bandar Kuching selepas pulang dari Sabah semasa berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

    Menerusi gambar yang tular di laman ‘Facebook’ yang dikongsi oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Soo Li Ching beliau menyifatkan tindakannya itu bersifat pentingkan diri ekoran penularan covid-19 yang serius sedang berlaku di Sabah sekarang.

    Sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan kesemua warganegara dari Sabah dan Labuan dikehendaki kuarantin di rumah Home Surveillance Order (HSO) selama 14 hari dan diberi wristband.

    Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang juga Pengerusi JPBN Sarawak berkata, ujian swab akan diambil semasa ketibaan di lapangan terbang atau pada hari ke-2 dan hari-10.

    Tambah beliau, kos berkenaan akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Sarawak serta menasihati agar masyarakat berhati-hati serta tidak mahu wujud lagi kluster di sekitar Kuching.

    Pentingkan diri; itulah yang dapat digambarkan kepada beliau yang tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari berkempen di Sabah

    Ujarnya, beliau meminta untuk menjauhi YB DAP sekurang-kurangnya 14 hari dan lindungi keluarga masing-masing bagi mereka yang melanggar perintah kuarantin sendiri di rumah.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...