More
    Home 48 telur buaya berjaya diselamatkan

    48 telur buaya berjaya diselamatkan

    MIRI, 29 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Sebanyak 48 biji telur buaya yang ditemui di ladang sawit Kuala Baram, Miri berjaya diselamatkan oleh pasukan Swift Wildlife Action Team (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC).

    Ketua Pegawai Eksekutif SFC, yang juga Pegawai Hidupan liar, Zolkipli Mohamad Aton berkata, telur buaya terbabit telah diserahkan kepada ladang buaya di Kuala Baram untuk tindakan selanjutnya.

    Telur-telur terbabit berjaya dipindahkan dan diserahkan kepada pihak ladang buaya di Bawam

    “Pada Sabtu lalu, pihak kami menerima aduan daripada pekerja ladang mengatakan bahawa ternampak buaya besar di ladang.

    “Setelah diperiksa semasa operasi pertama, pasukan SWAT tidak menjumpai buaya tetapi menjumpai 48 biji telur buaya,” katanya dalam satu kenyataan.

    Namun keesokannya mereka berjaya menangkap buaya dengan ukuran sepanjang 9 kaki menggunakan mata kail dan tali pancing.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...