More
    Home Penduduk dari Seberang Hilir akan dipindahkan ke kawasan perumahan baharu tahun hadapan

    Penduduk dari Seberang Hilir akan dipindahkan ke kawasan perumahan baharu tahun hadapan

    KUCHING, 29 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Seramai 564 isi rumah dari kawasan kampung seberang hilir dipindahkan ke kawasan penempatan semula pada hujung tahun ini hingga tahun hadapan secara berperingkat.

    Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, proses pemindahan secara berperingkat itu mengambil masa 3 hingga 6 bulan dan akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

    “Harga rumah di Blok 1A dan 2A Darul Hana bermula serendah RM98 ribu hingga RM310 ribu adalah bergantung dengan harga nilai hartanah rumah asal mereka.

    “Hampir 90% penduduk seberang hilir yang melibatkan Kampung Panglima Seman Lama, Kampung Semarang dan Kampung Pulo Ulu teruja untuk berpindah ke bandar pintar Darul Hana itu,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja ke tapak perojek perumahan Darul Hana Blok 1A dan Blok 2A di Kuching, semalam.

    Beliau hadir mendengar taklimat berkenaan projek perumahan bandar pintar berkenaan

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata, Darul Hana merupakan bandar pusat pertama di negeri ini yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi seperti capaian internet 5G, kamera litar tertutup, meter pintar utiliti dan sebagainya.

    Ujarnya, beliau yakin program Bandar Pintar Darul Hana yang telah diperkenalkan oleh YAB Ketua Menteri ini akan terus dilaksanakan sehingga mencapai sasaran pada tahun 2030 kelak.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Rugi hampir RM20 juta, MUT Sarawak lancar Kempen Banteras Vandalisme Kemudahan...

    0
    KUCHING, 26 APRIL 2024 (SNN): Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) bakal melancarkan Kempen Banteras Vandalisme secara besar-besaran dalam usaha memerangi perbuatan tidak bertanggungjawab...