Pembinaan Jambatan Igan dijangka siap pada tahun 2024

0
408
Kawasan tapak projek pembinaan jambatan Batang Igan yang akan dirasmikan Ketua Menteri kelak

MUKAH, 04 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Pembinaan Jambatan Batang Igan dijangka akan bermula pada 12 September 2020 ini oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, satu lagi projek Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk rakyat akan bermula selepas Majlis Pecah Tanah akan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhampiran dengan pangkalan feri Batang Igan.

“Pembinaan jambatan Batang Igan dengan panjang keseluruhan 1.38 kilometer dengan jalan tuju (approach road) sepanjang 4.1km dari kedua-dua belah arah itu menelan kos pembinaan lebih kurang RM300 juta dan dijangka siap pada tahun 2024 atau 48 bulan,” katanya ketika mengadakan lawatan ke tapak pembinaan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Persiapan Majlis Pecah Tanah Jambatan Batang Igan di sini semalam.

Tambah beliau, jambatan Igan merupakan salah satu jambatan yang perlu dibina di laluan pesisir Sarawak dan siapnya nanti bakal menggantikan kemudahan feri di Sungai Igan yang dikatakan mempunyai frekuensi trafik yang tinggi.

Datuk Julaihi (tengah) melihat keadaan pangkalan feri Batang Igan, Mukah

Turut hadir dalam mesyuarat dan lawatan tersebut ialah YB Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya, ADUN Jemoreng; YBhg Datu Haji Safri bin Haji Zainudin Setiausaha Tetap Kementerian Infrastuktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak; Hajah Hamdiah Haji Bakir, Residen Bahagian Mukah dan beberapa ketua serta wakil jabatan/agensi berkaitan yang lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here