More
    Home Sarawak Samarahan Organisasi peringkat kampung turut main peranan atasi masalah sosial

    Organisasi peringkat kampung turut main peranan atasi masalah sosial

    ASAJAYA, 04 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Organisasi di peringkat kampung turut memainkan peranan mengatasi masalah sosial di kawasan sekitar sebagai tanda kerjasama dengan agensi kerajaan untuk membendung masalah tersebut.

    Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Ketua masyarakat serta ketua kaum (KMKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan kampung (JKKK) perlu berganding bahu, bekerjasama dan proaktif dalam usaha membanteras jenayah ringan dan menjaga keselamatan kampung.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya menyeru untuk memberi kerjasama menangani masalah pengambilan dadah dalam kalangan belia masa kini yang sangat mudah terdedah kepada pengambilan benda terlarang itu.

    “Kerajaan negeri sentiasa meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab dan tindakan yang perlu diambil dan kebajikan rakyat dalam tempoh menghadapi bencana selain usaha kerajaan Sarawak yang kini memfokuskan perancangan pembangunan belia dan generasi kedua,” katanya ketika berucap di Program Kepolisan Komuniti Daerah Asajaya di Dewan SMK Hajah Laila Taib, Asajaya,di sini, hari ini.

    Agensi kerajaan dan agensi oeringkat kampung hadir menyertai program yang diadakan

    Dalam pada itu, beliau memberitahu projek pembinaan Pasar Basah Asajaya yang menelan kos RM7 juta bagi kampung Tambirat dan Waterfront Tambirat RM21 juta akan dibina tidak lama lagi.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Naiktaraf sistem pengairan dan saliran elak berlaku banjir- ADUN Demak Laut

    0
    KUCHING, 22 JANUARI 2021 (SNN) : Sistem pengairan dan saliran di kawasan kampung perlu dititik berat ekoran bagi mengelak berlakunya masalah banjir atau limpahan...