Kontraktor Petronas di Sarawak maut

0
238
Petronas menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut

KUALA LUMPUR, 03 SEPTEMBER 2020 (SNN) : Anak Syarikat Petrolium Nasional Berhad(Petronas) Malaysia LNG sdn Bhd mengesahkan seorang kontraktor Petronas disahkan meninggal dunia manakala rakannya seorang lagi cedera.

Petronas dalam satu kenyataan, kejadian yang berlaku di kompleks LNG Petronas Sarawak itu kira-kira pada jam 2 petang pada Isnin telah melibatkan dua orang kontraktor selepas terperangkap di kemudahan pembuangan longkang unit penyingkiran gas asid Petronas LNG Complex yang kini masih dalam proses penyelenggaraan.

“Kedua-dua kontraktor itu telah dihantar ke hospital di mana telah dusahkan salah seorang darinya meninggal dunia, sementara seorang lagi masih menerima rawatan perubatan.

Seorang disahkan maut manakala seorang lagi masih menerima rawatan

“Siasatan sedang dilakukan dan semua pihak berwajib telah diberitahu mengenai kejadian itu sementara Petronas belum lagi menyatakan punca kejadian sebenarnya,” kata satu pernyataan.

Operasi Kompleks LNG Petronas tetap tidak memberi kesan dan maklumat berhubung kejadian akan diberitahu pada waktu akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here