Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sagu Akan Dibawa ke Seminar Oktober 2019

0
182
Mukah merupakan bahagian yang paling banyak menghasilkan sagu dan mempunyai keluasan yang luas dalam tanaman rumbia

Kuching, 27 Mac 2019 (SNN) : Pembangunan teknologi dan inovasi sagu akan dibawa ke seminar  oktober ini. Seminar yang bertemakan “Ke Arah Pembangunan Lestari Industri Sagu Sarawak” bertujuan menyebarkan semua maklumat penyelidikan yang telah dijalankan pada tanaman sagu selama 24 tahun yang lalu. Craun Research Sdn Bhd akan berkongsi dengan industri semasa dan pekebun kecil terutamanya mengenai faedah yang boleh diperolehi dari tanaman sagu.

Menurut Ketua Pegawai Esekutif Zaidell Hussaini, objektif seminar industri ini diadakan adalah meningkatkan kesedaran di kalangan pemain-pemain industri sagu tentang pembangunan teknologi dan inovasi sagu hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan Craun Research.

Sehubungan dengan itu, rombongan Craun Research telah mengadakan kunjungan hormat bagi mencadangkan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah sebagai penasihat kepada penganjuran seminar ini.

Dalam pada itu, Craun Research bercadang menubuhkan satu lembaga khas untuk industri sagu ini bagi membantu pekebun kecil yang ada di Sarawak.“Ini disebabkan industri sagu merupakan antara penyumbang kepada ekonomi Sarawak.

“Sehingga kini belum ada satu badan yang menjaga atau menguruskan industri sagu di Sarawak berbanding getah, padi, sawit dan nanas yang mempunyai lembaga yang khusus menjaga industri sagu,” tambahnya.Ketika ini, harga komoditi sagu mencecah RM2,000 per tan disebabkan permintaan yang tinggi.

“Sejak 20 tahun lalu, penghasilan sagu di Sarawak ialah 40,000 hingga 50,000 kilogram sagu setahun.“60 peratus daripada hasil tersebut dieksport ke Semenanjung, 30 peratus ke Jepun dan selebihnya ke pasaran tempatan,” katanya.

Di Sarawak, Mukah merupakan bahagian yang paling banyak menghasilkan sagu dan mempunyai keluasan yang luas dalam tanaman rumbia.“Menurut Jabatan Pertanian Sarawak, Mukah menjadi bahagian terbesar dalam keluasan rumbia di Sarawak iaitu 40,642 hektar kebun rumbia daripada 46,768 hektar seluruh Sarawak,” tambahnya lagi.

Rombongan Craun Research mengadakan kunjungan hormat kepada Hajah Fatimah Abdullah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here