Abang Jo Rasmi Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019

0
255
Antara persembahan sempena perasmian Agenda Warisan Old Kuching 2019

Kuching, 27 Mac 2019 (SNN) – Agenda Warisan Pintar Old Kuching 2019 menjadi lambang penyatuan warga Sarawak ke arah ekonomi digital dan usaha memelihara budaya warisan Sarawak .Sambil berhibur, pengunjung juga turut sama dibawa mengenali sejarah dan budaya warisan Negeri Sarawak yang unik dan menarik.  Sejarah serta warisan lama orang Sarawak khususnya di bandar raya Kuching perlu dipertahankan agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, salah satu elemen penting yang perlu dipertahankan ialah kemesraan rakyat di negeri ini. Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Agenda Warisan Pintar “Old Kuching Smart Heritage Agenda” malam ini di Tebingan Sungai Kuching.

Tambahnya lagi, “satu perkara yang tidak berubah walaupun pemerintahannya berubah ialah orang Sarawak adalah orang yang mesra. “Oleh sebab itu warisan ini harus dipertahankan iaitu warisan di mana orang Sarawak adalah orang yang sangat mesra sama ada dalam kalangan sesama kita mahupun dalam kalangan dengan pelawat yang datang berkunjung ke negeri ini,”.

Menurutnya, meskipun mempunyai latar belakang dan pegangan agama yang berlainan, orang Sarawak tetap dapat hidup aman dan damai. Sementara itu, Ketua Menteri memberitahu, Kerajaan Sarawak sedang dalam proses menaiktaraf tebingan sungai dari Kampung Sungai Bedil hingga ke Kampung Tanjong di sini. Jelas beliau, tender bagi kerja-kerja pembangunan tebingan sungai sudah dikeluarkan bagi membolehkan kontraktor melakukan usaha mencantikkan kawasan tebingan sungai berkenaan sama seperti di Tebingan Kuching.

“Ini bermakna kedua-dua tebingan sungai itu kita akan cantikkan dengan kemudahan-kemudahan terkini bagi menarik lebih ramai kehadiran pelancong. “Kita yakin selepas usaha ini siap sepenuhnya kelak, laluan Sungai Sarawak akan menjadi laluan sungai yang indah, mungkin yang terindah di Malaysia,” jelas Abg Jo lagi sambil diikuti tepukan gemuruh daripada tetamu yang hadir.

Agenda Warisan Pintar Old Kuching telah bermula 25 Mac 2019  sehingga penghujung Mac ini.  Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya adalah :

1. Ceramah Perdana Bersama YBhg Dato’ Ustaz Kazim Elias (29 Mac 2019, Jumaat, 8.00 malam.

2. Nightly Heritages Show ‘Unity in Diversity Heritage Show’ menampilkan persembahan daripada Kumpulan Tuku Kamek (25 Mac 2019), Kenangan Lalu Mengusik Jiwa (Jefydin, Nurafizah Busman, Frenaboys, O’Skool & Freanz dan Artis Budaya JKKN Sarawak (26 Mac 2019), Buluh Berkocak Band (28 Mac 2019) dan Malam 2 Budaya menampilkan Ir Radzi & Cita Citata (30 Mac 2019).

3. Pameran dari jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak (25 hingga 31 Mac 2019)

4. Heritage Night Run 4km pada 30 Mac 2019, Sabtu, 8.30 malam

5. Heritage Fun Ride 30 km pada 31 Mac 2019, Ahad, 7.00 pagi

6. Heritage Water Sport antaranya pertandingan Tarik Tali Dalam Perahu pada 31 Mac 2019, Pertandingan Lumba Pumpski & Pumpboat pada 30 Mac 2019, Pertandingan Lumba Perahu Kenyalang pada 31 Mac 2019, Pertandingan Lumba Perahu Tambang pada 31 Mac 2019 dan Pertandingan Kayak 31 Mac 20019.

7. Martial Art Competition pada 26 hingga 29 Mac 2019

8. Kejohanan Street Soccer pada 25 hingga 31 Mac di Perkarangan Tempat Letak Kereta Masjid Bandar Kuching (India)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here