Pelancaran perkhidmatan bas sekolah percuma, bukti kerajaan kotakan janji.

0
62
Ketua Menteri (dua kiri) bergambar di salah sebuah bas sekolah percuma yang dilancarkan semalam.-Ukas

KUCHING, 16 JULAI 2020 (SNN): Kerajaan negeri Sarawak semalam menunaikan janji yang telah dibentangkan semasa Belanjawan 2020 tahun lalu. Janji tersebut ialah dengan melancarkan perkhidmatan bas sekolah percuma menerusi peruntukan RM5 juta yang akan memberi manfaat kira-kira 3,000 pelajar di 32 buah sekolah di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.

Ini merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu permasalahan masyarakat berpendapatan rendah yang kurang berkemampuan untuk membayar kos tambang bas seperti sebelum ini yang dianggap agak membebankan terutama melibatkan perbelanjaan ibu bapa menghantar anak ke sekolah,” ujar Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg ketika merasmikan simbolik pelancaran perkhidmatan bas percuma pada Rabu.

Gambar: Ketua Menteri (tengah) hadir ketika merasmikan simbolik pelancaran bas sekolah percuma pada Rabu.-Ukas.

Tambahnya, pelaksanaan perkhidmatan ini akan bermula pada 3 Ogos ini sejajar dengan jadual pembukaan semula sekolah di kawasan yang telah disenaraikan. Perkhidmatan ini buat julung kalinya dilaksanakan Yayasan Sarawak dengan kerjasama pengusaha bas sekolah serta pihak berkuasa tempatan bagi permulaan yang melibatkan kawasan Kuching, Samarahan dan Padawan terlebih dahulu dan akan diperluaskan secara berperingkat di kawasan lain.-Sumber Ukas.Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here