Pegawai polis ditahan dipercayai terlibat seludup PTI ke Sarawak

0
200
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail

KUCHING, 16 JULAI 2020 (SNN) : Seorang pegawai polis Cawangan Khas Kontinjen Sarawak ditahan selepas dipercayai bersubahat membawa masuk pendatang tanpa izin (PTI) ke negara ini minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, pegawai berumur 47 tahun itu telah ditahan semasa Operasi Benteng pada 7 Julai lepas dan kini dalam tahanan Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut.

“Suspek dipercayai bersekongkol dengan membawa masuk dua orang PTI dari Indonesia melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyematan pangkat pegawai kanan polis dan sijil anugerah perkhidmatan cemerlang di Ibu Pejabat Polis Sarawak, hari ini.

Tambahnya, pihak polis juga akan melakukan siasatan dalaman berhubung kes berkenaan. Pihaknya mengambil serius perkara itu dan telah mengarahkan semua ketua polis daerah terutamanya berhampiran sempadan agar meningkatkan pemantauan terhadap pegawai serta anggota masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dengan kes seperti demikian.

Op Benteng telah diaktifkan sejak Mei 2020 di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) dengan kerjasama Angakatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatang Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.-BERNAMA.Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here