More
    Home Sarawak hari ini catat tiga lagi kes positif Covid-19.

    Sarawak hari ini catat tiga lagi kes positif Covid-19.

    KUCHING, 15 JULAI 2020 (SNN): Sarawak hari ini mencatatkan tiga kes positif baharu covid-19 menjadikan keseluruhan kes berjumlah 583 kes.

    Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memberitahu dua kes berkenaan dilaporkan di Kuching manakala satu kes dicatat di Kota Samarahan.

    Dalam kenyataan itu, kes ke-581 merupakan seorang pekerja jurutera lelaki bukan warganegara di sebuah syarikat tempatan di Kuching. Manakala kes ke-582 pula merupakan seorang Petugas Kesihatan di sebuah Hospital Swasta di Kuching.

    Bagi kes ke-583 pula membabitkan seorang warga tempatan yang menetap di Kota Samarahan dan bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat tempatan yang sama dengan pesakit kes ke-581. Ujian saringan yang dilakukan pada 14 Julai menunjukkan keputusan pesakit positif covid-19.

    Menurut JPBN Sarawak lagi, ketiga-tiga kes merupakan jangkitan tempatan kerana kesemua pesakit tiada rekod perjalanan melawat atau balik dari luar negara. Pengesanan kontak rapat yang melibatkan ahli keluarga dan tempat kerja kes juga sedang giat dijalankan.

    JPBN Sarawak hari ini turut memaklumkan tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj.-Nizal.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Penduduk yang terjejas di kawasan PKP akan terima bantuan makanan dari...

    0
    KUCHING, 19 JANUARI 2021 (SNN) : Bahagian Sibu yang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga hujung Januari ini memberi kesan terhadap aktiviti...