Pelaksanaan projek di bawah IRSDA memuaskan-Residen Samarahan

0
28
Setakat ini, beliau berpuas hati dengan semua projek yang telah dilaksanakan.

SEBUYAU, 20 NOVEMBER 2020 (SNN) : Pelaksanaan projek-projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) setakat ini memuaskan dengan kerja-kerja baikpulih kebanyakannya sudah siap sepenuhnya.

Residen Samarahan Ibrahim Lumpu hadir turun padang bagi melihat sendiri hasil kerja yang sedang dilaksanakan di bawah IRSDA pada semalam di beberapa tempat seperti projek naiktaraf lima jambatan kayu kepada jambatan konkrit Kampung Seruyuk yang dijangka siap pada awal tahun hadapan.

Beliau seterusnya melawat projek naiktaraf jalan di Kampung Stika yang siap sepenuhnya pada 9 November lalu dan kemudian pergi ke Kampung Tungkah Mantak Atas serta Lubok Meranti yang juga telah siap naik taraf jalan menghubung ke kampung berkenaan.

Seterusnya, beliau meninjau keadaan projek naiktaraf jalan sepanjang 2.7 kilometer di Pekan Sebuyau yang telah siap pada 7 November 2020 serta jalan menghubung SK Tuanku Bagus, Sebuyau.

Residen Samarahan melihat sendiri keadaan jalan yang siap dibaikpulih di bawah IRSDA

Turut mengiringi rombongan beliau ialah Jurutera Bahagian, Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, Indra Sakti Haron dan Ketua Unit IRSDA, Pejabat Rasiden Bahagian Samarahan, Husini Bakir.Sumber Ukas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here