More
    Home ADUN Balai Ringin hulur bantuan mangsa kebakaran di SK Jaong, Pantu

    ADUN Balai Ringin hulur bantuan mangsa kebakaran di SK Jaong, Pantu

    SRI AMAN, 19 NOVEMBER 2020 (SNN) : Menteri Muda Belia dan Sukan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawat turun padang meninjau nasib mangsa kebakaran di SK Jaong, Pantu hari ini.

    Pada 17 November 2020 lalu satu kebakaran melibatkan kuarters kediaman empat keluarga di SK Jaong telah memusnahkan keseluruhan struktur binaan kediaman tersebut.

    Prihatin atas nasib yang menimpa mangsa, Datuk Snowdan hulur bantuan berupa cek tunai berjumlah RM1,000 serta bekalan makanan asas kepada setiap keluarga yang terlibat.

    Dalam masa yang sama, beliau turut menyerahkan cek bernilai RM10,000 kepada Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) bagi membantu baik pulih bilik stor dan bangunan lain yang turut musnah dalam kebakaran tersebut.

    Keadaan bangunan yang menempatkan empat keluarga hangus sepenuhnya.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...