Hari ini Sarawak catat dua kes positif Covid-19

0
28
Dua kes positif hari ini melibatkan warganegara tempatan dan kes merupakan jangkitan tempatan

KUCHING, 20 NOVEMBER 2020 (SNN) : Sarawak hari ini merekodkan dua kes positif covid-19 masing-masing di Daerah Kuching dan Miri menjadikan keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 1,055 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menyatakan satu kes di Daerah Miri merupakan kes saringan secara rawak di tempat kerja. Kes merupakan seorang pekerja di syarikat minyak dan gas berpangkalan di Miri dan disahkan positif semasa ujian saringan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri pada awal November 2020.

Manakala satu kes di Daerah kuching pula melibatkan seorang warganegara tempatan yang mempunyai kontak rapat kepada kes ke 1,051 dan disahkan positif pada 19 November 2020 melalui ujian saringan kontak rapat kes positif covid-19 dari Kluster Besi, Demak Laut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here