Pelajar Melayu Malaysia Berucap di Hadapan 7000 Orang Pada Hari Graduasi di USA

0
392
Lisa Nur Marini Mohd Kamal

19 Disember 2019 (SNN) : Seorang pelajar Malaysia telah mengharumkan nama Malaysia apabila beliau dipilh menjadi wakil graduan untuk memberi ucapan sempena hari graduasinya di Universiti Wisconsin Madison, Amerika Syarikat.

Gadis yang dikenali sebagai Lisa Nur Marini Mohd Kamal diberi peluang untuk berucap di hadapan lebih 7000 orang pelajar dan pensyarah di universiti tersebut.

Menerusi video yang tular baru-baru ini, Lisa yang baru berusia 22 tahun itu telah memulakan ucapannya dengan mendendangkan lagu Broadway muzikal popular, Hamilton.

Menurutnya, lagu tersebut dijadikan sebagai medium untuk dirinya menempuhi hari-hari sukarnya bergelar sebagai seorang pelajar.

Lisa yang kini sedang melanjutkan pelajaran sebagai siswazah bidang Geologi turut menceritakan perjalanan hidup yang dilaluinya demi melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka itu.

Berasal dari Kuala Lumpur, Lisa mengakui di mana dia dilahirkan di Amerika Syarikat memandangkan kedua-dua ibu bapanya juga pernah belajar di negara tersebut tetapi dia telah dibesarkan sepenuhnya di Malaysia.

Lisa yang merupakan penerima biasiswa daripada Petronas itu turut mengakui dia juga pernah melalui ‘zaman sukar’ semasa dia berada di tahun kedua sebagai seorang pelajar jurusan Geologi yang dipilihnya itu, lapor Malay Mail. 

“Tahun kedua saya di kolej, saya menghadapi beberapa kesukaran sehingga hilang motivasi untuk menghabiskan ijazah ini.” ujar Lisa.

Menerusi portal University of Wisconsin Madison, seorang profesor di Jabatan Geosains iaitu Laurel Goodwin ada menceritakan serba sedikit bagaimana Lisa memilih untuk mengambil kursus peringkat siswazah yang sangat mencabar dalam electron microprobe analysis.

Malah, Lisa juga merupakan seorang pelajar yang sangat hebat kerana pernah dianugerahkan Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah “On To the Future” daripada Persatuan Geologi Amerika.

Semoga Lisa dapat meneruskan kecemerlangan dalam pengajiannya sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sumber : Malay Mail, Star Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here