Budayakan Produktiviti Melalui Proses Inovasi Dan Kecemerlangan

0
365
Dr Hazland semasa sampai pada Majlis Perasmian ‘Hari Produktiviti Bersama Industri’ anjuran bersama Malaysia Productivity Malaysia (MPC) dan Kumpulan Senari Synergy (SSSB)

KUCHING, 18 Disember 2019 (SNN): Sambutan Hari Produktiviti Bersama Industri yang dianjurkan Malaysia Productivity Malaysia (MPC) dan Kumpulan Senari Synergy (SSSB) ini amat dialu-alukan dalam merancakkan lagi sektor perindustrian di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Haji Hipni berkata ini membuktikan kesungguhan kerajaan dan penggiat industri meransang produktiviti di kalangan pemain industri.

“Saya yakin kerjasama ini akan meluaskan lagi jangkauan bagi membudayakan produktiviti melalui inisiatif proses inovasi dan kecemerlangan,” katanya semasa berucap dalam Majlis Perasmian ‘Hari Produktiviti Bersama Industri’ anjuran bersama Malaysia Productivity Malaysia (MPC) dan Kumpulan Senari Synergy (SSSB) di sini, baru-baru ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Senari Energy di bawah pimpinan Haji Jefri Ahmad Tambi di atas kejayaan yang dikecapi selama ini ke tahap yang membanggakan.

“Dari sebuah syarikat yang dahulunya kurang menyerlah kepada sebuah syarikat yang berjaya merangkul pelbagai anugerah di dalam dan luar negara.

“Malah, kumpulan Senari Synergy bukan saja telah dianugerahkan dengan anugerah tertinggi kecemerlangan industry di Sarawak iaitu Chief Minister Industry Excellence Award (CMIEA) untuk 2017 dan 2019, tetapi juga telah dianugerahkan ‘Best Joint Venture Terminal oleh Syarikat Terkemuka Dunia SHELL Berhad, Anugerah Konvensyen Team Excellence Kebangsaan, SME100 Fast Moving Company dan Pengiktirafan Perusahaan Berproduktiviti Tinggi mengunakan Pekerja Tempatan (HPE) oleh Ministry of International Trade and Industry (MITI).

“Syabas dan tahniah juga kepada Haji Jefri Ahmad Tambi kerana dipilih sebagai Exemplary Leadership in Promoting Productivity Improvement (Productivity Champion 2017) oleh pihak MPC,” ujarnya.

Menurut Dr Haji Hazland lagi, anugerah yang diberikan ini sudah pastinya berlandaskan kriteria-kriteria yang ketat yang perlu ada pada sebuah syarikat yang cemerlang dan efficient.

“Tatakerja serta proses yang berlandaskan ‘World Class Industry Standard’ ini amat penting untuk dipatuhi dan diikuti oleh syarikat-syarikat terutama kumpulan Senari Synergy.

“Ini kerana anak-anak syarikat Senari Synergy seperti IOTM dan TMOTM memikul amanah dan tugas yang amat besar misalnya bertanggungjawab mengendalikan bekalan minyak RON95 dan RON97 kepada 30 peratus di kawasan Sarawak.

“IOTM juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan bekalan gas memasak (LPG) berterusan kepada 67 peratus kawasan di Sarawak. Disamping itu, tanpa anak syarikat Senari Synergy ini kita pun tidak dapat terbang kerana syarikat ini juga dipertanggungjawabkan ke atas Jet Fuel atau minyak kapal terbang kita,” katanya.

Sebarang ketidakcekapan Senari Synergy dalam operasi mereka akan memberi impak yang amat besar kepada penduduk dan Kerajaan Sarawak secara keseluruhannya.

Hadir sama Ahli Lembaga MPC Datuk Abang Haji Abdul Karim Tun Abang Haji Openg, Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Sdn Bhd Haji Jefri bin Ahmad Tambi, Pengarah MPC Wilayah Sarawak Hajah Sarimah Misman dan Ketua-ketua Jabatan serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.

Dr Hazland semasa berucap pada Sambutan Hari Produktiviti Bersama Industri yang dianjurkan Malaysia Productivity Malaysia (MPC) dan Kumpulan Senari Synergy (SSSB)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here