Pegawai P&P UNIMAS Terlibat Menceriakan SK Bakong, Sri Aman

0
957
Majlis penutupan aktiviti tanggungjawab sosial di SK Bakong, Sri Aman oleh Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi.

Sri Aman, 21 Ogos 2019 (SNN)-  Pegawai P&P UNIMAS terlibat dalam menceriakan SK Bakong, Sri Aman. Program yang dinamakan UNIMAS Gives Back: School Attact SK Bakong, Sri Aman telah diadakan pada 18 Ogos 2019 sebagai salah satu pengisian program Konvensyen Pentadbir 2019 yang telah berlangsung di Hotel Sri Simanggang bermula 16 hingga 18 Ogos 2019.

Progam jalinan komuniti ini melibatkan kerjasama antara guru-guru, ibu bapa pelajar SK Bakong, Sri Aman dan pegawai-pegawai Pengurusan dan Profesional UNIMAS.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program. Di antaranya adalah kerja-kerja baik pulih dewan sekolah, papan notis, pemasangan papan tanda baru dan penambahbaikan peralatan makmal komputer dan makmal sains sedia ada.

Selain itu, sesi motivasi juga diadakan untuk ibu-bapa di Dewan Masyarakat Kampung Bakong. Sejurus selepas sesi Motivasi, ibu-bapa juga berpeluang untuk menjalankan ujian saringan kesihatan secara percuma oleh pegawai-pegawai kesihatan UNIMAS.

Aktiviti-aktiviti berbentuk motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah juga diadakan sebagai salah satu pengisian program UNIMAS Gives Back: School Attact SK Bakong, Sri Aman.

UNIMAS juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan berbentuk barang-barang kelengkapan sekolah termasuk 5 buah Komputer, 100 unit buku untuk perpustakaan sekolah serta peralatan radas dan bahan pembelajaran untuk makmal sains.

Majlis Penutupan Program UNIMAS Gives Back: School Attact SK Bakong, Sri Aman juga telah diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Bakong. YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak dalam ucapan penutupan beliau mengatakan hasrat beliau untuk bertandang semula ke SK Bakong untuk program jalinan komuniti dalam masa akan datang.

Staf UNIMAS sedang melakukan kerja baik pulih dan pemasangan papan tanda baru SK Bakong, Sri Aman
Staf UNIMAS sedang melakukan kerja baik pulih dan pemasangan papan tanda baru SK Bakong, Sri Aman
Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi (enam dari kanan) menyampaikan sumbangan 100 unit buku untuk perpustakaan sekolah.
Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi menyampaikan sumbangan  5 buah Komputer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here