Abang Jo Umum Barisan Baru Kabinet Negeri Sarawak 2019

0
1159
Abang Jo semasa bercakap dalam sidang media ketika mengumumkan Barisan Kabinet Negeri Sarawak yang baru (Foto : UKAS Sarawak )

KUCHING, 22 Ogos 2019 (SNN)- Ketua Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg hari ini mengumumkan barisan Kabinet Negeri Sarawak yang baharu susulan peletakan jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh pada Julai lepas. Berikut merupakan Barisan Anggota Kabinet Sarawak yang baru bagi 2019.

Bercakap dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, Ketua Menteri turut mengumumkan Timbalan Ketua Menteri Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan menyandang jawatan Menteri Kewangan Kedua, manakala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Timbalan Ketua Menteri mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang.

Sementara itu, Yang Berhormat Datuk Lee Kim Shin yang sebelum ini memegang Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan pula dinaikkan pangkat dan diumumkan sebagai Menteri Pengangkutan iaitu sebuah portfolio baharu dan dibantu oleh Menteri Muda Pengangkutan, Datuk Dr Jerip Susil.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Yang Berhormat Dato Sebastian Ting Chiew Yew dilantik ke jawatan Menteri Muda Pelancongan, Keseniaan Kebudayaan menggantikan Datuk Lee Kim Shin. 

Ketua Menteri juga mengumumkan Datu Jaul Samion sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu menggantikan Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani yang bersara.

Bagaimanapun, kementerian-kementerian sebelum ini masih dikekalkan dan diterajui oleh Menteri-menteri sama.

Anggota Kabinet Negeri Sarawak (2019)

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Ketua Menteri 

Timbalan Ketua Menteri
Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Datuk Talib Zulpilip 
Menteri di Pejabat Ketua Menteri Integriti dan Ombudsman 

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Datuk John Sikie Tayai
Menteri Muda Undang-undang dan Adat Bumiputera

Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek 

Abdullah Saidol
Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi 

Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Kewangan Kedua

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua

Datu Len Talif Salleh
Menteri Muda Pembangunan Bandar dan Sumber Asli

Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah 

Datuk Roland Sagah Wee Inn
Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah 

Dr Abdul Rahman Ismail
Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah 

Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing 
Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur 

Datuk Julaihi Narawi 
Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur 

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan

Datuk Mohd Naroden Majais
Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan

Malcom Mussen Lamoh
Menteri Muda Pembangunan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan

Dato Sri Michael Manyin Jawong
Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi 

Dr Annuar Rapa’ee
Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi 

Dato Sri Fatimah Abdullah 
Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak

Datuk Francis Hardin Hollis
Menteri Muda Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak

Rosey Yunus
Menteri Muda Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak

Dato Sri Stephen Rundi Utom 
Menteri Utiliti

Datuk Liwan Lagang
Menteri Muda Elektrik Luar Bandar

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
Menteri Muda Bekalan Air

Datuk Prof Sim Kui Hian 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan 

Datu Dr Penguang Manggil
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan 

Dr Annuar Rapa’ee
Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan 

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah 
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Dato Sebastian Ting Chiew Yew
Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah 
Menteri Belia dan Sukan

Datuk Snowdan Lawan 
Menteri Muda Belia dan Sukan

Datuk Lee Kim Shin
Menteri Pengangkutan

Datuk Dr Jerip Susil
Menteri Muda Pengangkutan

Sumber : UKAS Sarawak, Utusan Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here