More
    Home Pasukan Carrom UNIMAS Beraksi Cemerlang Dalam Kejohanan Riverside Carrom Open 2019

    Pasukan Carrom UNIMAS Beraksi Cemerlang Dalam Kejohanan Riverside Carrom Open 2019

    Kota Samarahan, 1 Mei 2019 (SNN)- Pasukan Carrom UNIMAS beraksi cemerlang dalam Kejohanan Riverside Carrom Open 2019. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 27-28 April 2019 bertempat di Riverside Shoping Complex, Kuching.

    Seramai 32 orang peserta individu lelaki, 21 orang individu wanita dan 23 kumpulan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. UNIMAS telah menghantar seramai 12 orang peserta.

    En. Nawawi Muhamad telah mengharumkan nama UNIMAS apabila telah mendapat Johan Perseorangan Terbuka dan En. Abdul Rahman Abd Latiff turut cemerlang di kedudukan Naib Johan Perseorangan Terbuka. Manakala Pn. Mardhiah pula telah mendapat Tempat Ke-3 Perseorangan Wanita.

    Kategori Beregu Terbuka pula telah dikuasai oleh Pasukan UNIMAS apabila telah menduduki 3 tempat teratas kejohanan. Pasukan Mad Karom yang terdiri daripada En. Abdul Rahman bin Abdul Latiff (UNIMAS) & En. Dev bin Zaini (Pejabat Kesihatan Kota Samarahan) telah mendapat Johan. Manakala Naib Johan pula adalah Pasukan Refresh yang terdiri daripada En Azzmi Bawi (UNIMAS) dan En Surialie (UNIMAS) dan Tempat Ke-3 pula adalah Pasukan Ramcor Duo yang dianggotai oleh En Hamsin (UNIMAS) & En Azlan (UNIMAS).

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...