More
    Home DUN Sarawak Tubuh Jawatankuasa Perundingan

    DUN Sarawak Tubuh Jawatankuasa Perundingan

    KUCHING, 02 Mei 2019 (SNN)- DUN Sarawak menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan untuk terlibat dalam perundingan dengan Kerajaan Persekutuan. Ia ditubuhkan bagi memberi mandat dan panduan kepada wakil-wakil Sarawak untuk terlibat dalam perundingan dengan Kerajaan Persekutuan

    Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek) YB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata penubuhan Jawatankuasa Perundingan (Consultative Committe) ini bertujuan memberi mandat dan panduan kepada wakil-wakil Sarawak di dalam perundingan dengan Kerajaan Persekutuan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet. 

    “DUN Sarawak telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Perundingan (Consultative Committe) bagi memberi mandat dan panduan kepada wakil-wakil Sarawak di dalam perundingan dengan Kerajaan Persekutuan di dalam Mesyuarat Jawatankausa Khas Kabinet. Sebelum ini beberapa siri Mesyuarat Jawatankuasa Kabiet Khas Pemandu, Jawatankuasa Teknikal dan juga Jawatankuasa Kerja telah diadakan bagi membincangkan perkara ini”.

    “Jawatankuasa Khas Kabinet ini mempunyai tempoh enam bulan untuk mengemukakan laporan penuh mengenai kajian tersebut,” katanya ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut YB Dr Hazland Abang Hipni dan ADUN Jemoreng YB Dato’ Murshid Diraja Dr Juanda Jaya semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

    Terdahulu, Sharifah Hasidah turut menjelaskan perbincangan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 telah diteruskan dengan Kerajaan Persekutuan yang baharu pada 5 September 2018. “Pada 5 September 2018, satu Jawatankuasa Khas Kabinet Pemandu melibatkan Kerajaan Persekutuan dan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah diadakan. Jawatankuasa Khas Kabinet Pemandu ini ditubuhkan bagi mengkaji dan menyelaraskan Perjanjian Malaysia 1963 secara keseluruhan termasuklah perkara berkaitan royalti minyak dan pembangunan di Sabah dan Sarawak”, katanya.

    “Di antara perkara yang Kerajaan Sarawak minta untuk dimasukkan ke dalam agenda Jawatankuasa Pemandu ini termasuklah lebih kuasa otonomi dan tambahan sumber kewangan turut diberi kepada Sarawak,” tambahnya. Sebelum ini Kerajaan Sarawak turut melaksanaka  mesyuarat dan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan yang lama bagi memastikan hak-hak Sarawak dikembalikan. Sumber Ukas

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...