UNIMAS Anjur Bengkel Bantu Penenun Songket dan Penyulam Keringkam

0
251
Sesi bergambar peserta bersama Prof Madya Dr Mohammad Affendy, Dr Nadianatra Musa dan Dr Dayang Hanani Arip

KOTA SAMARAHAN, 30 APRIL 2019 (SNN) -Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak telah menganjurkan Bengkel Ekosistem dan Kelestarian Songket dan Keringkam Sarawak pada 29 April 2019 bertempat di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM). Seramai 11 orang peserta yang menghadiri bengkel terdiri dari penenun songket dan penyulam keringkam yang berpengalaman dari Kuching, Kampung Gedong, Kampung Mang dan Kampung Kuala Rajang.

Antara objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu penenun songket dan penyulam keringkam dalam mengekalkan kualiti pengeluaran produk serta mengembangkan isu dan masalah yang dihadapi oleh penenun dan penyulam. Dengan adanya program ini, komuniti songket dan keringkam dapat mengetahui saluran yang sesuai untuk mendapatkan keperluan dan bahan yang berkualiti supaya produk dapat dipasarkan ke peringkat global.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh pensyarah FSKTM di bawah Projek Inovasi Songket dan Keringkam Sarawak iaitu Dr Dayang Hanani Abang Ibrahim dan Dr Nadianatra Musa serta pensyarah jemputan daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan iaitu Prof Madya Dr Mohammad Affendy bin Arip.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here