More
    Home Parlimen Batang Lupar terima peruntukan MRP dan PMR bagi rancakkan pembangunan luar...

    Parlimen Batang Lupar terima peruntukan MRP dan PMR bagi rancakkan pembangunan luar bandar

    LINGGA, 22 OKTOBER 2020 (SNN) : Kawasan Parlimen Batang Lupar menerima peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) daripada kerajaan negeri bagi merancakkan pembangunan kawasan luar bandar.

    Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Hajah Rohani Karim berkata, sejumlah RM398,000 telah diperuntukan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga.

    “Peruntukan yang diterima diagihkan kepada sekolah rendah, sekolah menengah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), surau dan masjid di kawasan DUN Lingga.

    “Di samping itu, kita akan mengenal pasti sektor yang berpotensi untuk dibangunkan di kawasan Sri Aman melalui Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) agar kerajaan dapat membantu sektor-sektor berkenaan untuk dibangunkan,” kata beliau semasa Majlis Penyampaian Peruntukan MRP dan PMR kawasan Parlimen Batang Lupar hari ini.

    Rohani Karim serahkan geran kepada wakil agensi yang dipilih

    Ujarnya, beliau menekankan agar terus memberi sokongan kepada kerajaan di bawah pimpinan Parti Gabungan Sarawak (GPS) agar terus menikmati pembangunan yang mampan.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerajaan Sarawak akan terus pastikan rakyat memiliki rumah selesa melalui PPRMS

    0
    LAWAS, 24 JANUARI 2021 (SNN) : Projek Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sejak dulu akan terus dilaksanakan dalam...