More
    Home Satu kes positif di catatkan di Daerah Kuching hari ini

    Satu kes positif di catatkan di Daerah Kuching hari ini

    KUCHING, 22 OKTOBER 2020 (SNN) : Daerah Kuching hari ini mencatatkan satu kes positif Covid-19 menjadikan jumlah kes positif yang aktif di Sarawak meningkat kepada 770 kes.

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan menjelaskan kes ke-770 merupakan seorang wanita warga tempatan yang dikesan melalui saringan kemasukan ke hospital.

    Kes merupakan kontak rapat kepada kes ke-768 yang telah dikesan positif pada 18 Oktober 2020 melalui saringan bergejala.

    JPBN Sarawak menjelaskan pada 18 Oktober kes telah membuat ujian saringan dan keputusan makmal menunjukkan negatif namun kes mula mengalami demam serta batuk dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak.

    Keputusan ujian saringan ke dua kes menunjukkan beliau telah positif covid-19 dan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes sedang giat dijalankan.

    Kenyataan media harian JPBN Sarawak

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    MINTRED Perkukuh Sokongan Usahawan Sarawak, Sertai MYFOOD Expo 2026

    0
    MINTRED telah membantu 59,900 usahawan tempatan di Sarawak melalui pelbagai bantuan keusahawanan dengan nilai keseluruhan berjumlah lebih RM220 juta. MINTRED buat julung kalinya...