More
    Home Sarawak Samarahan Seorang maut motosikal bertembung dengan kereta

    Seorang maut motosikal bertembung dengan kereta

    SIMUNJAN, 22 OKTOBER 2020 (SNN) : Malang tidak berbau menimpa seorang lelaki apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan beliau maut ditempat kejadian.

    Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan berkata, mangsa, 20 tahun, dikatakan sedang menuju ke hospital pada jam sekitar 5.45 pagi sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Kilometer 29 Kampung Sungai Nibong, pada Selasa.

    “Pertembungan mangsa dengan kereta berlaku apabila motosikal terbabit memasuki lorong bertentangan ketika hendak memotong sebuah lori muatan sawit.

    “Akibat daripada pertembungan itu motosikal ditunggang mangsa terbabas ke bahagian tepi jalan sebelum merempuh batu penanda arah jalan, ” katanya dalam satu kenyataan.

    Batu penanda arah jalan yang dirempuh mangsa sehingga menyebabkan mangsa cedera parah

    Tambahnya, pembonceng motosikal seorang wanita berusia 15 tahun hanya mengalami kecederaan di bahagian kaki dan tangan sementara penunggang disahkan maut ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Simunjan.

    Ujar beliau, keadaan jalan yang gelap ditambah lampu hadapan motosikal mangsa tidak berfungsi menyebabkan pemandu kereta tidak menyedari kehadiran mangsa dari arah bertentangan.

    Kes kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lelaki lemas dipercayai selamatkan kekasih ditemui pada hari ketiga SAR

    0
    KUCHING, 17 JANUARI 2021 (SNN) : Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut oleh air deras di Sungai Sarawak...