Pameran “eCITRA: Digital X Culture”– Landasan Kenali Sarawak Dalam Gaya Digital

0
656
Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi bersama tetamu kehormat yang lain melawat pameran karya seni di Balai Seni Negara ( Foto –NAG )

Kuala Lumpur, 26 Mac 2019 (SNN)– Balai Seni Negara (NAG) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah bekerjasama dalam menjayakan pameran eCITRA 2019 yang diadakan bermula pada 22 Mac sehingga 15 April depan di Galeri 2B, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur. Pameran ini diadakan setiap dua tahun dan merupakan salah satu aktiviti pameran akademik dari pensyarah dan alumni Fakulti Seni Gunaan Kreatif (FSGK) UNIMAS sejak tahun 2005 lagi.

Ia merupakan landasan kepada pensyarah-pensyarah dan alumni FSGK untuk mempromosi dan mengiktiraf usaha-usaha kreatif dan inovatif mereka di pandangan masyarakat umum. Pameran kali ini bertemakan “eCITRA Digital X Culture” dimana ideanya tercetus apabila Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan dasar tansformasi ekonomi digital (2017).

“Ia juga merupakan inisiatif penganjur (UNIMAS dan NAG) untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai gaya hidup dan budaya masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan dipersembahkan dalam bentuk karya kreatif menggunakan gabungan elemen inovasi, penyelidikan dan teknologi,” kata Kurator eCITRA, Siti Shahida Kamel.

Terdapat 25 karya berbentuk konvensional (catan) dan digital seperti Augmented Reality (AR), manipulasi digital, QR Code, seni bunyi, video, filem, animasi, instalasi, projection mapping dan fotografi dari 35 orang pengkarya akan dipersembahkan dalam pameran ini.

Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang pameran ini berlangsung seperti bicara seni yang membentangkan tiga kertas kerja yang bertajuk “The Mun Dane Journey”, “Pesaka Manah: An Iban Living Legacy” dan “A Retrospective View of Art and Technology at the Faculty of Apply and Creative Arts”.

Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi menandatangani plak pelancaran sempena Pameran eCITRA di Balai Seni Negara, Kuala Lumpur ( Foto- NAG)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here