More
    Home Sarawak Sarikei Awang Tengah Serah 452 Surat Hakmilik Tanah NCR (Seksyen 18) Kepada Pemilik...

    Awang Tengah Serah 452 Surat Hakmilik Tanah NCR (Seksyen 18) Kepada Pemilik di Pakan

    Pakan, Sarikei 26 Mac 2019 (SNN)- Sebanyak 452 surat hakmilik tanah telah diserahkan kepada 409 pemilik bagi kawasan Jalan Pakan-Sesco dan Pakan Entabai (Pedanum LD)  hari ini. Penyerahan ini dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

    “Dibawah inisiatif baru pengukuran tanah sejak 2010, kita telah mengukur lebih 2 juta ekar tanah. Ini jelas membuktikan keberkesanan sistem pengukuran yang digunakan Jabatan Tanah dan Survei,” kata Awang Tengah pada Majlis Penyerahan Surat Hakmilih NCR (Seksyen 18) di Rumah Sedau,Pakan  di sini pagi tadi. Beliau menambah lagi berkata, kejayaan itu hasil langkah proaktif kerajaan Sarawak yang memperkenalkan pelaksanaan pengukuran primeter di bawah Program Pengukuran Tanah NCR Insiatif Baharu.

    Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengukur kawasan seluas 879,913 hektar (2.17 juta ekar) tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak dalam tempoh kurang 10 tahun. “Setakat 28 Februari 2019, sebanyak 25, 796 lot individu telah berjaya diukur yang melibatkan kawasan seluas 32, 017 hektar( 79, 116 ekar). “Pencapaian pengukuran ini melebihi empat kali ganda hasil yang kita buat dalam tempoh 50 tahun. Ini membuktikan keberkesanan kaedah yang kita gunakan sekarang,” katanya pada majlis tersebut. Berbanding 50 tahun lalu dari tahun 1960 hingga 2010 katanya, JTS hanya berjaya mengukur 260,000 hektar (642, 460 ekar).

    Kerajaan Sarawak ujarnya, komited untuk memastikan tanah hak adat Bumiputera yang sahih diukur dan dikeluarkan hak milik kepada pemiliknya. “Fokus pada tahun ini ialah mengukur lot individu iaitu susulan daripada 718, 522 hektar (1.776 juta ekar) yang diwartakan untuk dikeluarkan surat hak milik individu,” katanya.

    Beliau menambah, kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf hak rakyat ke atas tanah mereka. Malah katanya, pengukuran tanah hak adat NCR telahpun dilaksanakan sejak tahun 1960 melalui Program Operasi Penyelesaian dan Program Pengukuran Kampung Tradisional yang dilaksanakan sejak awal tahun 2000. “Ini membuktikan kerajaan mengotakan janji, setelah NCR diwartakan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, pengukuran lot individu dilaksanakan dan akhirnya, surat hakmilik tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri dikeluarkan,” katanya.

    Beliau juga berkata, sejumlah RM161 juta diperuntukkan sejak 2010 sehingga 2018 bagi program yang sama. Manakala pada tahun  2019 kerajaan Sarawak memperuntukkan RM40 juta lagi di samping peruntukan diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan yang dahulu manakala Kerajaan Persekutuan sekarang meluluskan sebanyak RM21.5 juta di samping menyalurkan 50 peratus iaitu RM10.75 juta daripada jumlah tersebut untuk meneruskan program pada tahun ini.

    Awang Tengah turut mengingatkan pemilik tanah untuk membantu mempercepatkan proses pengukuran tanah dan menyelesaikan sebarang pertindihan antara pemilik. “Isu sebegini akhirnya akan dimainkan dan isu ini sebenarnya terlalu dipolitikkan,” tambah beliau.

    Beliau mengakhiri ucapannya dengan berkata bahawa Kerajaan Negeri Sarawak akan sentiasa mengiktiraf tuntutan hakmilik tanah adat Bumiputera (NCR) yang sahih dan memiliki bukti yang kukuh.

    Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak , Datu Len Talif Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri  N.47 Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom dan Penguasa JTS Sarikei, Ngu Tai Kong.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    0
    KOTA SAMARAHAN, 15 JANUARI 2021 (SNN) : Prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah, Samarahan...