Ngeri, nahas motosikal ragut dua nyawa

0
220
Motosikal mangsa hancur selepas bertembung dengan sebuah kereta

KUCHING, 08 OGOS 2020 (SNN) : Satu lagi kemalangan maut melibatkan motosikal di Jalan Matang Wildlife petang tadi kira-kira pada jam 6.15 p.m. Kemalangan itu membabitkan pembonceng dan penumpang yang merupakan sepasang suami isteri dengan sebuah kereta jenis Honda CRV.

Setibanya di kawasan berdekatan Kampung Rayu, Matang dikatakan berlaku pertembungan diantara motosikal dengan kereta berkenaan sehingga menyebabkan kedua mangsa yang membonceng motosikal mengalami kecederaan parah.

Mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian

Kedua-dua mangsa berkenaan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik yang datang ke tempat kejadian. Punca kemalangan masih dalam siasatan.- Nizal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here