More
    Home Sarawak Bintulu Seorang maut kereta terbakar dalam satu kemalangan di Bintulu

    Seorang maut kereta terbakar dalam satu kemalangan di Bintulu

    BINTULU, 09 OGOS 2020 (SNN) : Seorang mangsa disahkan maut manakala seorang lagi selamat selepas kereta yang dipandu terlibat dalam satu kemalangan lalu terbakar di simpang Entulang, Kampung Entulang, Jalan Miri-Bintulu, tengah hari semalam.

    Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, lapan anggota bomba dengan kekuatan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng yang diketuai PBK II Ellai Bidang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah hari semalam.

    Seorang mangsa maut selepas kereta dipandu terbabas

    Semasa tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kedua-dua mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan sebelum terbakar oleh orang awam.

    Operasi memadam kenderaan jenis Proton Pesona yang hangus 100 peratus itu berjaya dipadamkan pada jam 1.53 petang.- Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Bantuan dan baikpulih kerosakan di Bau akan disegerakan-ADUN Tasik Biru

    0
    BAU, 16 JANUARI 2021 (SNN) : Daerah Bau antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir sejak hujan turun tidak berhenti pada Rabu lalu sehingga...