More
    Home Jambatan Sungai Bintangor tarikan baharu di bandar Kuching

    Jambatan Sungai Bintangor tarikan baharu di bandar Kuching

    KUCHING, 08 OGOS 2020 (SNN) : Projek Jambatan Sungai Bintangor, Kuching yang dibina dengan reka bentuk ikonik itu bakal menjadi satu tarikan pelancong apabila ianya siap kelak pada tahun 2022.

    Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Openg berkata, sebahagian daripada kawasan dalam bandar raya Kuching harus diberi nafas baharu selaras dengan usaha mentransformasikan Kuching sebagai kawasan pelancongan yang menarik jadi pembinaan jambatan ini salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelancong datang ke sini.

    “Jambatan yang dibina dengan reka bentuk ikonik ini dijangka siap pada tahun 2020 kelak,” katanya dalam sidang media semasa lawatan ke tapak projek Jambatan Sungai Bintangor Kuching, di sini hari ini.

    Ketua Menteri melihat tapak pembinaan Jambatan Sungai Bintangor

    Dalam pada itu, beliau turut menyangkal dakwaan kononnya oilihan raya negeri akan dijalankan dalam amsa terdekat.

    Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Muda Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur Sarawak, Datuk Julaihi Narawi serta tetamu kehormat yang lain.-Sumber Ukas. Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...