Ngabang Raya UNIMAS Cetuskan Kreativiti dan Kesepakatan

0
41
Pelancaran Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2019 yang bertemakan "Rindoknya Berambeh di Taman" oleh TYT Tun Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sambil disaksikan oleh dif-dif kehormat yang lain di DeTAR PUTRA, UNIMAS

KOTA SAMARAHAN, 2 Julai 2019 (SNN)- Ngabang Raya UNIMAS mencetuskan kreativiti dan kesepakatan apabila sebanyak enam belas rumah atau ruai dibina bertemakan ‘Rindoknya berambeh di taman’ sebagai memeriahkan Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2019 yang diadakan hari ini bertempat di Dewan Bankuet, DeTAR PUTRA UNIMAS.

Rumah atau ruai tersebut dibina hasil kreativiti staf-staf Pusat-pusat Tanggungjawab (PTj) dan Fakulti-fakulti yang terdapat di Universiti ini besertakan penyediaan bermacam jenis hidangan menarik kepada para pengunjung.

Lebih 3,000 orang mengunjungi Majlis Ngabang Raya UNIMAS yang dibuka sejak pagi hingga tengahari tadi dengan perasmian majlis disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berserta isteri bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang lain sewaktu kunjungan ke salah satu kediaman/teratak pusat tanggungjawab UNIMAS.

Bagi memeriahkan Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2019, turut diadakan ialah pertandingan Glamshoot Gawai Raya, pertandingan Kumang dan Keling, pertandingan Raja Songket dan Ratu Songket dan pertandingan Teratak Ruai Paling Manah.

Turut hadir dalam majlis Ngabang Raya UNIMAS ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi serta isteri, barisan LPU, Dekan-dekan, warga UNIMAS serta orang luar.

Antara objektif penganjuran Majlis Ngabang Raya 2019 ialah untuk meraikan sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh warga UNIMAS, mengangkat dan menghargai adat resam dan perayaan gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri serta mencetuskan kreativiti dalam kalangan warga UNIMAS.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghidupkan budaya dan fesyen tradisional masyarakat Bumiputera Sarawak, mewujudkan kerjasama dan kesepakatan serta memberi ruang kepada warga UNIMAS untuk merasai dan menikmati sambutan Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama.

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berserta isteri merakamkan kenangan bersama para pemenang-pemenang pertandingan 
Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib menyampaikan hadiah kepada Kumang Ngabang Raya UNIMAS 2019 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here