Dr Hazland Giat Bangunkan Kawasan DUN Demak Laut

0
132
Dr Hazland ketika hadir di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Bako Hijrah

KUCHING, 01 Julai 2019 (SNN) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Yang Berhormat Dr Hazland Abang Hipni giat membangunkan kawasan DUN Demak Laut. Beliau melahirkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sarawak kerana telah meluluskan dua kawasan penempatan baharu di DUN Demak Laut iaitu di kawasan Bako-Buntal dan Kampung Senari. Beliau berkata demikian ketika hadir di Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Bako Hijrah, Sabtu lepas.

Selain beramah mesra bersama penduduk, Dr Hazland telah menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan anak-anak yatim.

Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa padang futsal Kampung Bako Hijrah kini dalam peringkat akhir untuk disiapkan sebelum diserahkan kepada Ketua Kaum Kampung Bako Hijrah untuk digunakan.

Menurut  beliau, golongan belia Kampung Bako Hijrah kini boleh menarik nafas lega apabila sebuah padang futsal yang bernilai lebih kurang RM200,000 telah hampir siap dibina.

Padang futsal Kampung Bako Hijrah ini merupakan salah satu daripada 5 padang futsal yang dibina di bawah Program Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut.

Selesai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Dr Hazland kemudiannya meninjau padang futsal Kampung Bako Hijrah tersebut yang kini memasuki kerja-kerja akhir sebelum diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bako Hijrah untuk digunakan.

Dr Hazland turut  menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan anak-anak yatim pada majlis tersebut
Selesai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri, Dr Hazland kemudiannya meninjau padang futsal Kampung Bako Hijrah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here