More
    Home Naik Taraf Projek Terminal Bako Bernilai RM2.6 Juta Akan Beri Keuntungan Kepada...

    Naik Taraf Projek Terminal Bako Bernilai RM2.6 Juta Akan Beri Keuntungan Kepada Penduduk Kampung Bako

    KUCHING, 10 Julai 2019 (SNN)- Penduduk di kawasan Kampung Bako akan menikmati keuntungan selepas siapnya Projek Terminal Bako yang dijangka siap pada April 2020.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata ketika ini progres naik taraf terminal Bako telah mencapai 20 peratus.

    “Naik taraf Terminal Bako telah pun bermula sebelum ini dan kini telah mencapai 20 peratus. Kos bagi projek ini ialah RM2.6 juta dan dijangka siap pada April 2020.

    “Siapnya Projek Terminal Bako ini akan memberikan keuntungan kepada penduduk Kampung Bako terutamanya pemandu bot pelancong yang majoritinya adalah penduduk tempatan Bako di mana jumlah pelancong dijangka meningkat datang melawat Taman Negara Bako dan sekitarnya,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat Projek Terminal Bako yang dibentangkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Pejabat Residen Kuching dan kontraktor terlibat di Pusat Khidmat Demak Laut, semalam.

    Tambah Dr Hazland lagi, Terminal Bako yang baharu ini akan lebih cantik, canggih dan selesa kepada pelancong.

    “Naik taraf kemudahan di Terminal Bako dijangka akan meningkatkan lagi kehadiran pelancong sama ada dari dalam dan luar negara.

    “Penduduk perlu mengambil manfaat daripada peningkatan kehadiran pelancong dengan mempelbagaikan produk yang boleh dijual sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk,” tambahnya.

    Hadir sama Penghulu Kampung Bako Hajah Janibah Hazmi, Ketua Kaum Haji Wahed Sani dan Ketua Kaum Haji Morni.

    Pemandangan Kampung Bako

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    7 blok kediaman pekerja musnah dalam satu kebakaran

    0
    KUCHING, 27 JANUARI 2021 (SNN) : 7 buah blok rumah pekerja binaan musnah dalam satu kebakaran di Bormil Estate Jalan Keretapi di sini pada...