More
    Home Sarawak Samarahan Abang Jo Ketuai Konvoi Bermotosikal di Majlis Mesra Armada Pemuda PBB 2019

    Abang Jo Ketuai Konvoi Bermotosikal di Majlis Mesra Armada Pemuda PBB 2019

    KOTA SAMARAHAN, 08 Julai 2019 (SNN)- YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengetuai konvoi bermotosikal di Majlis Mesra Armada Pemuda PBB yang diadakan di Dewan Suarah, Samarahan semalam.  

    Ketibaan Abang Jo mendapat sambutan yang hangat apabila lebih 200 orang belia bermotosikal mengiringi kehadiran Ketua Menteri Sarawak itu ke Dewan Suarah. Kehadiran Abang Jo yang juga Yang Di Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, kemudiannya disambut meriah oleh pemimpin-pemimpin PBB Sarawak yang telah menunggu di Dewan Suarah, Samarahan yang kemudiannya disusuli oleh dengan sorakan ‘Hidup Abang Jo’ oleh hadirin yang hadir.

    Sebelum itu Abang Jo menunggang sendiri motosikal ke Majlis Mesra Armada Pemuda PBB di Dewan Suarah Samarahan tersebut. Turut sama mengiringi beliau ke Samarahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni.

    Mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan dari Petra Jaya ke Samarahan, Abang Jo telah disambut kira-kira 200 belia bermotosikal apabila beliau tiba di Samarahan.

    Abang Jo telah disambut kira-kira 200 belia bermotosikal apabila beliau tiba di Samarahan

    Selepas berehat, Abang Jo kemudiannya mengetuai konvoi besar bermotosikal menuju ke Dewan Suarah Samarahan bersama beberapa pemimpin-pemimpin PBB yang lain . Rombongan Ketua Menteri yang hadir menggunakan motosikal bersama kira-kira 200 belia bermotosikal hadir di Dewan Suarah Samarahan tepat jam 3.45 petang.

    Pada majlis itu telah diadakan cabutan bertuah di mana pemenang utama membawa seekor lembu dan dua buah motosikal serta hadiah-hadiah sampingan lain.

    Lebih menarik lagi tetamu VIP termasuk Ketua Menteri dan pemimpin PBB Sarawak makan secara buffet dengan mengambil sendiri bersama dengan tetamu yang hadir.

    Abang Jo disambut meriah oleh pemimpin-pemimpin PBB Sarawak, tetamu dan masyarakat sekitar yang hadir pada Majlis Mesra Armada Pemuda PBB di Dewan Suarah Samarahan
    Antara sebahagian tetamu yang memenuhi Dewan Suarah, Samarahan

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...