AADK Sarawak Komited Perangi Masalah Dadah di Kalangan Belia

0
143
Abdul Karim semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak, hari ini di Bilik Mesyuarat Bangunan UTC, Kuching (Foto:AADK)

KUCHING, 10 Julai 2019 (SNN)- Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak komited perangi masalah dadah di kalangan belia di Sarawak. Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bagi mengekang masalah penagihan dalam kalangan generasi muda, AADK Sarawak terus menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak untuk mengadakan operasi membabitkan pelajar-pelajar sekolah. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak, hari ini di Bilik Mesyuarat Bangunan UTC, Kuching.

Abdul Karim yang juga pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Sarawak berkata, hasil daripada operasi yang dijalankan, bilangan pelajar positif penyalahgunaan dadah sehingga Jun 2019 didapati menurun jika dibandingkan dengan 2018. 

“Ia menurun daripada daripada 291 kepada 280 pelajar. AADK memandang serius perkara ini dan melaksanakan pelbagai program termasuk memberi motivasi serta melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka tidak terjebak lebih jauh,” katanya. Walaupun berlaku penurunan daripada jumlah pelajar atau belia yang positif penyalahgunaan dadah, namun berlaku peningkatan daripada segi penyalahgunaan dadah sintetik yang dihasilkan secara pemprosesan campuran bahan-bahan kimia seperti Methamphetamine dan Amphetamine , dan jumlah menunjukkan peningkatan pengambilan dadah ini di kalangan belia berbanding dadah jenis lain.

Beliau menambah, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak melalui Majlis Pembangunan Sosial juga menjalin kerjasama membabitkan pelbagai jabatan atau agensi kerajaan negeri dan persekutuan di bawah Jawatankuasa One Stop Committee (OSC).

Melaluinya, pelan tindakan intervensi bagi menangangi isu-isu dadah dan substance (bahan) telah dibangunkan. Abdul Karim juga mengucapkan tahniah dan syabas ke atas kejayaan Agensi Penguatkuasaan seperti PDRM dan juga KASTAM yang telah berjaya melakukan jumlah rampasan dadah yang besar dalam bulan Mei dan Jun baru-baru ini dengan nilai rampasan RM1.26 juta yang dikesan dilakukan melalui perkhidmatan kurier.

“Selain itu, AADK Negeri Sarawak juga telah berjaya melaksanakan satu program bersempena Bulan Anti Dadah pada Febuari lalu yang dinamakan Program Jerayawara One Stop Committee 2019 mengikut tema Hari Antidadah Kebangsaan 2019, ‘Komuniti kita tanggungjawab kita’,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Datuk Izhar Abu Talib dan Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh ( Sumber : AADK).

Abdul Karim mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sarawak. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK Izhar Abu Talib dan Pengarah AADK Sarawak Wan Madihi Wan Salleh (Foto:AADK)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here