More
    Home Sarawak Betong Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong

    Mohd Chee Kadir Terus Aktif Majukan Kawasan di DUN Kabong

    Kabong, 21 Januari 2020 (SNN) : Yang Berhormat Mohd Chee Kadir terus aktif memajukan kawasan di DUN Kabong. Ini terbukti dengan projek penurapan Jalan Kampung Emplam yang telah siap sepenuhnya baru-baru ini.

    Projek ini akan memberi manfaat kepada kira-kira lebih 1000 penduduk di Kampung Emplam sendiri selain penduduk sekitar seperti Kampung Sessang, Kampung Nyabor, Kampung Alit, Kampung Gerigat dan penduduk Kabong sendiri secara tidak langsung.

    Mohd Chee Kadir berkata demikian semasa melakukan tinjauan bersama agensi pelaksana dari Jabatan Kerja Raya Saratok semalam. Mohd Chee Kadir yang juga merupakan ADUN N.40 Kabong berkata projek penurapan jalan Kampung Emplam ini melibatkan jarak 1.53km yang memperuntukkan peruntukan berjumlah RM700, 000.

    Menurut beliau, pembangunan sebegini akan terus menjadi agenda utama Kerajaan GPS bagi merancakkan pelbagai aspek pembangunan khususnya di bawah kepimpinan Kerajaan Abang Johari.

    Jika sebelum ini, masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung tersebut adalah apabila musim hujan kebanyakan laluan jalan akan berlopak merata tempat serta keadaan jalan yang berlubang dan merbahaya. Keadaan jalan yang agak teruk dan berlubang ini tidak sesuai untuk kenderaan ringan terutamanya.

    Dengan siapnya jalan berturap ini, penduduk akan mendapat kemudahan jalan raya yang baik. Melalui kemudahan jalan raya yang baik ini akan memudahkan perhubungan dan pengangkutan bagi penduduk Emplam dan sekitarnya yang mana kegiatan ekonomi utama mereka adalah pertanian, seperti petani kelapa sawit yang perlu mengangkut dan membawa hasil tanaman mereka keluar atau dijual ke bandar dan kilang berdekatan.

    Mohd Chee Kadir juga menambah, pembangunan di kawasan-kawasan kampung di bawah DUN Kabong akan dilakukan secara seimbang dan berterusan. Ini bagi memastikan agar penduduk di semua kawasan turut sama menikmati arus kemajuan walaupun secara berperingkat.

    Turut hadir pada tinjauan tersebut ialah Tuan Haji Johan bin Joh, Ketua Kampung Hilir Emplam , dan wakil Jabatan Kerja Raya Saratok, Encik Adrian Linggie Manjan.

    Turut hadir pada tinjauan tersebut ialah Tuan Haji Johan bin Joh, Ketua Kampung Hilir Emplam , dan wakil Jabatan Kerja Raya Saratok, Encik Adrian Linggie Manjan
    Projek penurapan jalan Kampung Emplam ini melibatkan jarak 1.53km yang memperuntukkan peruntukan berjumlah RM700, 000.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Komplek Wisma Melayu Sarawak milik AKYBMS kini capai kemajuan 30 peratus...

    0
    KUCHING, 29 MAC 2024 (SNN): Peratusan Projek Pembinaan Wisma Melayu milik Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Jalan Dilpomatik, Petra Jaya kini...