More
    Home Sarawak Samarahan Julaihi Komited Tingkat Mutu Pendidikan di DUN Sebuyau

    Julaihi Komited Tingkat Mutu Pendidikan di DUN Sebuyau

    KUCHING, 25 Januari 2020 (SNN) : Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Julaihi Narawi akan terus komited membantu mempertingkatkan mutu pendidikan di kawasan Sebuyau.

    Beliau yang juga merupakan Adun Sebuyau itu menyatakan perkara tersebut ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Apresiasi Pengiktirafan Kecemerlangan Warga Pendidik SK Bulan Jeragam Sebuyau 2019 di Hotel Hilton di sini, hari ini.

    Katanya, walaupun sekolah di bawah Kementerian Pendidikan atau Kerajaan Persekutuan tetapi kami di barisan Kerajaan Sarawak juga memandang kepentingan pendidikan anak-anak di kawasan luar bandar.

    “Jadi, kita kita tidak ragu-ragu untuk meluluskan peruntukan yang boleh digunakan oleh anak-anak sekolah, yang boleh digunakan oleh guru-guru termasuk dengan penduduk kampung.

    “Antara sekolah yang mendapat peruntukan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) saya adalah SK Bulam Jeragam di mana kita telah membina pusat pembangunan komuniti untuk kegunaan sekolah tersebut dengan peruntukan RM320,000,” ujarnya.

    Tambah Julaihi, selain daripada pembinaan pusat pembangunan komuniti yang kini hampir siap dan hanya menunggu bekalan elektrik disambung beliau juga mempertimbangkan pembinaan padang futsal untuk SK Bulan Jeragam.

    “Saya sedang memepertimbangkan pembinaan padang futsal untuk SK Bulan Jeragam.

    “Saya berharap Guru Besar SK Bulan Jeragam Mohamad Rizuan Sarbini, para guru dan pihak PIBG dapat mencari tapak yang untuk pembinaan padang futsal supaya ia dapat dilaksanakan dengan segera,” tegasnya.

    Beliau juga mendedahkan bahawa terdapat 19 buah sekolah rendah di kawasannya akan terus dibantu dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan sama ada mutu itu sendiri ataupun pencapaian dalam bidang akademik khususnya pencapaian UPSR dan juga kokurikulum seperti yang dilakukan sebelum ini.

    “Saya melalui semua kesusahan dahulu dan memang patut dan adil anak-anak di luar bandar mendapat kemudahan yang kita sediakan ini.

    “Bila saya berada di tempat yang boleh membantu kenapa saya tidak membantu? Ini adalah pendirian saya.

    “Saya mesti bantu supaya anak-anak kita di luar bandar lebih-lebih lagi di kawasan Sebuyau mendapat kemudahan untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum,” jelasnya lagi.

    Julaihi menyatakan bahawa beliau akan memberikan peruntukan sebanyak RM10,000 kepada setiap PIBG di 19 buah sekolah dalam kawasan Dun Sebuyau.

    “Saya juga akan terus membantu program pendidikan termasuk dengan bahan-bahan rujukan seperti yang dicadangkan oleh guru-guru sendiri, peruntukan untuk ini datang daripada geran luar bandar saya,” katanya.

    Beliau yang hadir turut menyampaikan anugerah kepada para penerima dalam majlis tersebut semalam.

    Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Hasbie Hj Ancheh, Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan; Cikgu Mohamad Rizuan Sarbini, Guru Besar SK Bulan Jeragam Sebuyau serta guru-guru SK Bulan Jeragam dan tetamu jemputan yang lain.

    Julaihi ketika berucap pada Majlis Hi-Tea Apresiasi Pengiktirafan Kecemerlangan Warga Pendidik SK Bulan Jeragam Sebuyau 2019 di Hotel Hilton di sini, hari ini.
    Salah seorang warga pendidik SK Bulan Jeragam Sebuyau yang menerima sijil Pengiktirafan Kecemerlangan Warga Pendidik SK Bulan Jeragam Sebuyau 2019
     
    Julaihi menyampaikan sijil kepada salah seorang warga pendidik SK Bulan Jeragam Sebuyau yang menerima Sijil Pengiktirafan Kecemerlangan Warga Pendidik SK Bulan Jeragam Sebuyau 2019

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Kerja-kerja menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang siap Julai ini-Julaihi

    0
    KUCHING, 28 MAC 2024 (SNN): Kerja-kerja fizikal menaik taraf Loji Rawatan Air Batu Kitang yang bermula sejak 1 Mac 2021 lalu dijangka siap sepenuhnya...