Minuman Keras dan Rokok Bernilai lebih RM500,000 Dirampas di Miri

0
481
Antara barang rampasan termasuk minuman keras dan rokok hasil serbuan di sebuah gudang tidak bernombor di kawasan Senadin Kuala Baram( Foto : Polis Sarawak)

MIRI, 21 September 2019 (SNN)- Minuman keras dan rokok bernilai lebih RM500,000 telah dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak. Jumlah rampasan bir dan rokok seludup tersebut  dianggarkan bernilai keseluruhan termasuk cukai RM549,192.60 hasil serbuan di sebuah gudang tidak bernombor di kawasan Senadin Kuala Baram di sini kira-kira jam 8.30 pagi, pada Khamis.

Komander PPM Wilayah Lima Sarawak ACP Shamsol Kassim berkata serbuan tersebut berjaya merampas sebanyak 720 kotak bir dianggarkan bernilai RM288,912.60 dan 1,763 karton rokok pelbagai jenis dan jenama dianggarkan bernilai RM260,280.

“Unit Risikan Marin (URM) Wilayah Lima bertindak atas maklumat orang ramai dan melalui risikan URM Miri lebih kurang seminggu di sekitar kawasan gudang tersebut.

“Pemeriksaan di gudang terdapat guni berwarna hijau yang berisi bir dan kotak rokok pelbagai jenama diletakkan sebelah tepi dalam gudang tersebut.

“Hasil pemeriksaan lanjut kandungan dalam guni warna hijau tersebut didapati terdapat minuman keras bir dan dalam kotak pula adalah rokok pelbagai jenis yang disyaki tiada cukai kastam,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Beliau berkata kesemua rokok dan minuman bir tersebut akan diserahkan kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Sumber : Polis Sarawak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here