More
    Home Awan Jenis TCu Digunakan Dalam Operasi Pembenihan Awan di Sarawak

    Awan Jenis TCu Digunakan Dalam Operasi Pembenihan Awan di Sarawak

    KUCHING, 20 September 2019 (SNN)- Awan jenis TCu akan digunakan dalam operasi pembenihan awan di Sarawak. Operasi Pembenihan Awan ini dijalankan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia, Sarawak sehingga 22 September.

    Awan jenis TCu ini merupakan awan yang besar untuk menghasilkan hujan dan memudahkan lagi proses pencurahan air garam ke atas awan tersebut. Pesawat akan terbang dengan ketinggian 4,500 hingga 7,000 kaki, dan pembancuhan air garam pula menggunakan 2,400 kilogram garam.

    Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, operasi pembenihan awan akan dilakukan oleh pesawat jenis C130 di kawasan-kawasan yang terlibat.

    Antara kawasan yang terlibat ialah Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Saratok, Sarikei, Kanowit, Sibu, Mukah dan Sematan. Kesemua kawasan tersebut merupakan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat.

    Beliau berkata demikian semasa taklimat Operasi Pembenihan Awan di Pangkalan Tenterara Udara Malaysia, Sarawak, di Kuching, hari ini. Tambahnya lagi operasi yang dijalankan juga bergantung kepada keadaan pembentukan awan.

    Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Sarawak, Siniarovita Urban Sinyaw berkata, awan jenis ‘Towering Cumulus’ (TCu) akan dibenih secara berperingkat sepanjang tiga hari berlakunya Operasi Pembenihan Awan (OPA).

    Antara persiapan Operasi Pembenihan Awan di Pangkalan Tenterara Udara Malaysia, Sarawak, di Kuching, hari ini

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Lebih 15,000 penduduk di Daerah Bau mendaftarkan diri untuk terima vaksin...

    0
    BAU, 26 FEBRUARI 2021 (SNN) : Setakat hari ini hampir lebih 15,000 penduduk di sekitar Daerah Bau telah mendaftarkan diri mereka untuk menerima suntikan...